Monday, 24 May 2010

mourinho..the special one.

Begitupun Mourinho menegaskan, dia tidak akan melakukannya bersama barisan pemain yang digelar Galacticos.




Bekas jurulatih Chelsea itu benci melihat pemain berstatus bintang yang mementingkan diri sendiri berbanding kelab kerana baginya, pasukan adalah bintang.
Bagi penggendali dari Portugal itu, tidak ada seorang pemain yang lebih hebat berbanding Diego Milito.




Penyerang Argentina itu meledakkan dua gol ketika Inter menewaskan Bayern Munich 2-0 pada final Liga Juara-Juara di Stadium Bernabeu, Sabtu lalu.



Jaringan pada minit ke-34 dan 70 itu sudah cukup untuk membantu Inter menamatkan kemarau trofi Eropah sejak 45 tahun lalu.



Mourinho menandatangani Milito pada musim panas lalu tetapi perpindahan itu telah dibayangi dengan perpindahan besar Cristiano Ronaldo dan Kaka ke Real Madrid.



Begitupun nama Milito tiba-tiba melonjak selepas Mourinho menggelarnya sebagai seorang pemain yang hebat dan sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik.



Tidak ramai yang berani untuk membimbing sesebuah kelab seperti Real tetapi Mourinho adalah seorang pemenang dan dia tidak pernah berputus asa memberitahu orang ramai mengenai kehebatannya sejak beberapa tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

mohd razman
by Idwebtemplate.com
Image1 Image2 Image3 Image4 Image5 Image6 Image7